Tuesday 11 June 2013

Cinta Dalam Diam..

Cinta Dalam Diam,
Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

Karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

Karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
Karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu ...

Karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya??

Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...

Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

Biarkan 'Cinta Dalam Diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan...

Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba...mungkinkah dengan ridha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya...

Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah..

Friday 7 June 2013

Surat Untuk Bakal Imamku.......

Assalamualaikum w.b.t...

Untuk bakal imamku, bakal pemaisuri hatimu ini mungkin seorang yang degil, ganas, kasar, manja, mengada, dan sebagainya. bersabarlah. tabahlah.

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat 

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya



Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

Kerana
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.

Insya Allah. Amin Amin. Hanya ini permintaanku...


Sunday 2 June 2013

Pengalaman Seorang Ayah


Assalamualaikum  sahabat-II semua arinie ana nk share satu kisah yang amat menarik bagi ana..ana nk cuba share kan kpd sahabat-II ana semua...kisah seorang suami dan ayah muda..



Sekadar Hiasan


Apabila menatap gambar-gambar ibu bersalin, menerawang fikiran aku teringatkan kembali detik-detik isteri aku ingin melahirkan zuriat pertamaku ke dunia. Ketika diberitahu isteriku dimasukkan ke dalam hospital pada jam 1 pagi aku masih dibuai mimpi di rumah sewa berhampiran universiti. Keletihan akibat kuliah penuh sepanjang hari sebelumnya. Sebelum tidur, aku sempat berbalas-balas SMS dengan isteriku bertanyakan keadaannya ketika itu. Katanya, dia tidak makan sejak petang lagi. Aku menyuruh dia mengambil air susu sebelum tidur.

Isteriku dimasukkan ke wad kerana air ketuban telah pecah. Katanya bukaan hanya 2cm ketika itu. Dia memberitahuku supaya jangan risau kerana masih belum rasa sakit bersalin. Pada keesokan harinya barulah aku bertolak ke hospital untuk bertemu dengan isteri yang kucintai. Menatap wajahnya yang tidak bermaya, baru aku teringat yang isteriku masih tidak menyentuh makanan sejak dari petang semalam. Aku menyuruhnya makan sedikit, tetapi dia menolak kerana doktor telah menyuruh isteriku berpuasa bermula jam 6 pagi. Sayu melihat dirinya yang lemah, aku menghulurkan air minuman untuk membasahkan tekaknya. Tabahnyaa dirimu..

Apabila jam menunjukkan pukul 10.00 pagi dengan bukaan seluas 4cm, dia ditolak masuk ke dalam labour room. Entah kenapa dengan bukaan seluas itu, dia sudah ditolak masuk ke bilik bersalin. Aku pun confuse. Setahu aku, bukaan yang sesuai untuk melahirkan anak ialah 10cm. Dan aku dimaklumkan oleh guard wanita India yang bertugas, isteri aku ditempatkan di bilik D. Dia memaklumkan bahawa kebiasaannya bilik itu akan dihuni oleh mereka yang mengalami masalah untuk bersalin. Aku mula gelisah. Tak tentu arah. Mungkin itu adalah mitos yang direka oleh achi India itu berdasarkan pengalamannya sebagai senior guard di sana. Pujuk aku sendirian.

Berbekalkan Quran burukku yang aku bawa bersama barang-barang isteri dan baby yang bakal dilahirkan, aku selak helaian 440. Ya.. Aku mencari surah Yaasin. Pesan nenekku, bacalah Yaasin. Semoga dengan berkat dan rahmat yang ada pada surah itu dapat membantu isteriku bersalin secara normal. Kumulakan dari al-fatihah dan disusuli surah karamah itu. Satu persatu perkataan dan ayatnya ku alunkan perlahan sambil di dalam hati tak henti-henti berdoa agar diselamatkan isteri dan anakku.

Usai membaca Yaasin dan menunaikan solat Zohor, aku tunggu lagi. Achi India yang sedari tadi memerhatikan gerak langkahku menegurku ‘’Adik.. Mari ikut saya. Kita masuk ikut pintu belakang. Adik boleh jumpa isteri adik,’’pelawanya ramah. Mungkin dia sedar aku dah semakin gelisah dan asyik mengintai ke dalam labour room. Alhamdulillah. Kalau boleh jumpa tenang sikit hati aku sebab dari tadi hanya membalas sms je. Keadaan sebenar isteri aku tidak aku ketahui.

Dari jam 10 sampailah jam 4 petang isteriku ditahan. Bukaannya sekarang hanyalah 6cm. Setelah diinduce kali ke dua, bukaan rahimnya masih belum membenarkan bayi untuk keluar. Akibat terlalu lama menunggu, akhirnya doktor memutuskan isteriku perlu dibedah.. Ini kerana bayi di dalam kandungan isteriku semakin lemah. Aku yang cuba mengawal diri agar tidak panik, akhirnya tewas kepada diri sendiri. Air mata yang cuba ku sekat agar tidak mengalir seolah-olah tidak dapat dibendung. Seolah-olah mataku tidak ada penakung. Setiap kali aku bertutur, menenangkan isteriku.. Setiap kali itulah air mataku kan bercucuran jatuh ke tangannya. Mana taknya.. dengan keadaan dirinya yang sudah tidak bermaya, ditambah pula dengan tangan dan kakinya sejuk bagaikan direndam ais, tubuhnya menggigil. Dengan segala macam wayar berselirat di perut dan tangannya.. Hatiku meruntun sayu. Para doktor meninggalkan aku dan isteri untuk meluangkan masa bersama. Mungkin ini adalah untuk kali terakhirnya aku boleh bercakap bersama isteriku. Ini kerana doktor telah membuat keputusan, isteri aku mesti dibedah bagi menyelamatkan bayi yang hampir lemas.

Beralunkan surah Yaasin yang dipasang di bilik bersalin itu..Mata kami bertentangan. Isteriku perasan mataku kembali berkaca. Dia mula menuturkan kata-kata cinta bagi memulihkan semangatku.

‘’Abang.. Hensemnya Abang harini. Abang suka tak dengan baju yang sayang belikan untuk Abang tu?’’

Pada ketika itu juga, aku tidak dapat menjawab dengan perkataan tapi aku rangkul dirinya sambil menangis teresak-esak seperti tiada lagi esok untuk kami bersama. Aku tidak mampu bersuara walaupun mengeluarkan sepatah kata. Tapi, dia mempunyai kekuatan yang amat luar biasa. Walaupun dia ‘berpuasa’ , dia masih gagah. Masih kuat untuk memulihkan semangatku yang semakin luntur..

‘’Abang.. Seandainya doktor memberi pilihan, siapakah yang Abang ingin selamatkan, sayang atau anak kita.. Abang tolong jawab ‘’ Selamatkan anak saya.. ‘’. Berilah anak kita peluang untuk merasai kebahagiaan hidup di dunia ini biarpun tanpa umminya di sisi..’’

Sekali lagi aku menangis semahunya. Aku tidak mahu keadaan itu berlaku. Aku mahukan isteri aku. Aku mahukan kedua-duanya berada di sisiku. Membesarkan anakku bersama insan pilihanku.
Tamatnya waktu bersama. Isteriku ditolak untuk dibawa ke bilik pembedahan. Aku menghantar Isteriku dengan lirik mata berair sebelum berlalu ke musolla hospital. Aku berwudhuk. Solat 2 rakaat. Aku sujud lama-lama memohon keampunan untuk isteriku juga untuk diriku lebih-lebih lagi. Mungkin ini adalah kaffarah dosa aku selama ini. Aku menangis semahu-mahunya..

Sedari jam 4.30 petang aku menanti penuh sabar di luar bilik pembedahan. Aku dail, aku telefon nombor keluarga terdekat, sahabat handai dan rakan-rakan yanga aku kenal. Aku pohon dan merayu dari mereka agar doa dikirim buat isteriku yang sedang bertarung nyawa melahirkan seorang khalifah penambah ummat Nabi tercinta. Mulutku tidak henti-henti menbacakan Hizbul Bahri. Zikir berharga yang tiada nilainya yang aku terima ijazahnya dari Al-Allamah Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki.

1 jam berlalu. Mundar-mandirku tidak mengeluhku untuk aku duduk. Walaupun kakiku lenguh berdiri dari tadi, tapi perasaan ingin tahu akan keadaan isteriku melenyapkan semua keletihan itu. Akhirnya penantian aku berakhir.. Seorang nurse menolak troli tertutup.. incubator barangkali namanya.. dengan seorang bayi mata bulat muka mirip anak Cina. Oh! Rupa-rupanya, bukan isteri aku seorang kat dalam. Ibu cina pun ada.

‘’Suami kepada Zulaikha’’ ‘’Suami kepada Zulaikha’’ jerit nurse mencari ‘Yusuf’ Zulaikha.

Orang ramai yang turut sama mengintai bayi cina itu berpandangan antara satu sama lain termasuklah aku. Tiba-tiba aku teringat. Akulah suami Zulaikha. Macam manalah boleh lupa pulak time-time macam tu. Aisehhh.. Biasalah beb. Cuak kot masa tu. Sampai nama bini pun lupa daaa..

‘’Ya.. Saya kak. Saya suami dia’’

‘’Encik.. Ini anak encik. Encik bolehlah pegang dan azankan dia. Tapi sebelum tu, Encik kena kata apa?’’

Nak kata apa pulak nurse ni. Alhamdulillah ke? Ke terima kasih nurse? Mana aku tahu. Dah la rasa tak percaya pun ada yang anak cina yang aku sangka tadi tu rupanya anak aku.. Boleh pulak dia suruh kata apa. Aduilaa.. Nurse pun.

Mungkin nurse tu perasan aku tengah blur, dia pun selak kain bedung anak aku bagi menyatakan jantinanya. Oh.. Nurse nak suruh aku buat pengakuan yang anak aku ni perempuan. Baru aku faham.

‘’Perempuan nurse’’ kataku tersenyum malu.

Aku dakap anak aku. Aku cium dahi dan kedu-dua pipinya lalu aku azan dan iqamatkan di kedua-dua belah telinganya. Allahurabbi. Comelnya anak aku. Mata hitam dia bulat besar. Taknak tutup pulak tu. Alhamdulillah.

‘’Nurse, macamana dengan isteri saya? Bagaimana keadaan dia?’’ tanyaku setelah sedar dari pukauan mata anak aku ini.

‘’Isteri encik selamat. Dia sedang dijahit. Kejap lagi dia keluar..’’

Tidak lama selepas itu, Isteri aku ditolak keluar. Alhamdulillah. Syukur kepada-Mu ya Allah. Biarpun Kau mentaqdirkan dia bersalin secara Caesar, namun aku bersyukur sangat-sangat kerana Engkau masih lagi memberikan kesempatan untuk aku berkasih-sayang dengannya. Hanya pada Mu segala puji-pujian layak kami berikan.

Keluarnya isteri aku dari bilik pembedahan bukannya dengan tangisan. Malah, tiada setitis air pun yang aku perasan membasahi matanya. Walaupun kesakitan, seukir senyuman dia hadiahkan kepadaku. Terharu. Sungguh terharu. Aku kucup dahinya dan mengucapkan

‘’Terima kasih Sayang kerana sanggup berkorban nyawa demi melahirkan zuriat Abang’’.
















P/S : Wahai suami sekalian.. Hargailah isteri  sebaiknya. Apabila ada tercalit perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya.. Ingatlah akan pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Zuriat keturunan kita yang lahir dari rahimnya. Diamkanlah diri tenangkanlah hati. Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah. Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya kan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia kan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya.




Saturday 1 June 2013

Kenali Fatih Seferagic..

IMAM MUDA BOSNIA





Tuesday 21 May 2013

Kawen Muda....

Assalamualaikum..sihat semua??
ALHAMDULILLAH dgn izin ALLAH S.W.T.. d beri peluang utk ana nak share pendapat mengenai title
di atas..kui3 jgn salah paham yew..ana saja jaa uad title suspen padahal x dak papa pun..ok...
sebelum ana nk start kan kan kan..mcm biasa ana slalu bg sahabat-II ana nie tenang sikit...apa yg tenang tu???..waaaitt...


Sekadar Hiasan


Sebenarnya dgn tetiba jaa ana nk post pasai kawen muda nie semua sebab..ramai sahabat tanya    
pendapat ana pasai kawen muda...yes ana mmang sokong sapa-II pun yang da niat nak kawen muda dengan cara kawen muda dapat kita menjauhkan diri kita ke lembah maksiat..ana pun bukan mahir sangat nak bg pendapat, tapi ana bg pendapat yang ana pikir laah kan..maybe da yg stuju n da yang tak setuju terpulang..da seorang sahabat ana nie dia nak sangat kawen muda ,dia kata dia nak da orang bimbing dia and jaga dia..SUBHANAALLAH...
ana senyum jaa bila sahabat ana cakap camtu...kita kena open bila berhadapan soalan yang cam nie..ana cakap cam nie ja..ana tumpang seronok apa yang sahabat fikirkan..ALLAH dah bukak pintu hati utk menjauhi maksiat..ALHAMDULILLAH..ana suka sahabat -II ana kawen awal..dgn 1 syarat..pandai membahagikan masa yang ada macam kakak kat bawah nie MASYAALLAH..


Sekadar Ilmu Tambahan

                                                                 

Haa tengok bukti-II yang ana dapat mengukuhkan lagi niat-II sahabat untuk kawen muda..ALLAH akan permudahkan segala urusan kita dengan niat kita yang betui-II istiqamah..jangan qisau sahabat ALLAH tau apa yang kita fikir...ALLAH MAHA BIJAKSANA...ok bukti kedua dari Ustaz Azhar Idrus idola ana sendiri..


Ustaz Azhar Idrus

                                                                        


Yaaaa bukti jelas dan nyata betapa bagusnya kawen muda ni..ana sokong sapa yang da niat kawen muda...
dapat menambahkan lagi ibadah kita dengan sembahyang berjemaah bersama zauj au zaujah..buat tazkirah lepas sembahyang berjemaah..SUBHANAALLAH...,pahala berganda-ganda tu..sebab apa ana cakap camtu yaa..ehehehe agak-II sebab apa...jeng jeng jeng..



Sekadar Ilmu Tambahan



haaa nie lah sebabnya...ARRIJALU QAWWAMUNA 'ALA NISA' surah Annisa : ayat 34..yang bermaksud : Lelaki (suami) itu pelindung perempuan (isteri)..haa...so kalu dah da hero mesti lah da heroinnya..semangat laa nak study  bagai kan..ehehhehe..bila dah jadi zauj au zaujah nanti kena laa manfaatkan betul-II..nak bukti lagi x???? jap jap..


Imam Muda Ashraf


Ana mintak maaf maybe artikel x berapa jelas..skrang kita fokus yang title besaq tuu "KAWEN MUDA MEMATANGKAN DIRI.." matang tu..peewiit..x nak kew..eheheh jahat betul ana, nie ngusik ja lah..haa sahabat-II sekalian caya dak dengan kawen muda dapat mengurangkan kes-II rogol ..yea laa pemuda-pemudi pakat kawen awal mana nak da kes2 rogolnya..ehehehe x tau lah pendapat ana nie betul kew x..(cam x dak idea jaa..) ahahah....apa-II pun bukti dah jelas kan.. yang terakhir dari ana ..kita kena berdoa pada ALLAH pa yang terbaik utk kita yang sebenar-benarnya sahabat-II sekalian...






                   Akhirulkalam,yang buruk dari ana ,yang BAIK DARI ALLAH S.W.T..
             KITA HANYA MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKAN....wasalam..



Tuesday 12 March 2013

CINTA after NIKAH


..ASSALAMUALAIKUM.. dah lama sangat dah ana x tulis blog ana ni...
sbnaqnya ana bukan qeti sngat nk tulis blog nieyh(x da idea kot) ..jeles jgk tngok blog sahabat len bnyak gilo diorang tulis..hohoho tapy  xpa ana try jgk bagi qety mcm sahabat len jgk (bg smngat utk diqi sndiqi)...sbnaqnya ana da hajat ..hajat ana nie nk kongsi cerita utk owg  CINTA after NIKAH..(spt tjuk di atas)..ana hrap sapa yg baca harap ambil 1 pengajaran dalam idup..ok.. boleh mula????..ok  AL KISAH TOYIBB..TERSEBUTLAH KISAH..TOYIBB....
YAAA..ustaz don kita...

Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?

Minah : Waa’laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..

Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..

Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..

Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)

Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?

Pakcik & Makcik : Waa’laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?

Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..

Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NURUL IMAN tu..

Mamat : (Dalam hati : waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)

Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nye pun baik..

Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (dalam hati : ceh.. Lembut ke..? Sopan ke..? Budi bahasa ke..? Takde gaye langsung.. Takpe2.. Wait n c minah..)

Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…Mamat : Terima kasih pakcik makcik..

Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)

Mamat : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..

Minah : Sso what..? Ade aku kisah..

Mamat : Tersenyum dalam kebengangan (dalam hati : eh2.. Sabar hati.. Sabar…)

Minah : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak.. Ni fon aku, ko salin kan alamat ko.. Pastu save message..

Mamat : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya..? (sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)

Minah : Yang ko sibuk kenape..? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat umah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun… Kalau ade gak kat umah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?

Mamat : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau lkaau rindu2 nanti boleh calling2..

Minah : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat dorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..

Mamat : Senyum jela (dalam hati : eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)

Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)

Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Taknak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..

Mamat : Apa ibu cakap ni..? Aiman tak paham la.. (dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye telah terjadi)

Ayah : MOHD AIMAN.. Jangan nak main nyorok2 lah kami dah tau.. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang.. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah..

Ibu : Ibu pun setuju.. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua.. Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu.. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN.. Kamu setuju..?

Mamat : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan jela niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr.. Gila la aku dah lah tak kenal sape minah tu.. Brutal pulak tu tetibe je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)

Jumaat (HALAL & HARAM)

Mamat : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?

Minah : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?

Mamat : Setuju

Minah : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kite b’tunang aku cume nak barang hantaran telekung, sejadah dan al – quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran ikut suke ko nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kite tutup kes ni..

Mamat : Amboi dasyat tol awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt.. ( Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)

Minah : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan mamat ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak..?

Mamat : Takde.. Nak wat pe..?

Minah : Ko g amik sekarang.. Cepat la..

Mamat : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singe.. Singe pun tak macam dia..)

SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’

Mamat : Awak, saya dah amik wudu’.. Awk nak saya buat ape..?

Minah : Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahale bergande 1000x kalau ko bace.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30.. Minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu..

Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak ape kate kite tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..

Minah : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?

Mamat : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?

Minah : Ha.. Ha cube bace kat aku ape yang ko hafaz..

Mamat : (Dengan mulai dengan surah al – fatihah dan seterusnye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)

Minah : Alhamdulillah.. Pas ni ko bace pulak makne2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…

Mamat : Daa macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite pulak (cakap dalam nada slow)

Minah : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..

Mamat : Mane ade.. Awak memang cantik comel..

Minah : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan..?

Mamat : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)

Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak2.. Awak tak rase ke apa yang saye rase..? Saye rase macam ade sesuatu yang indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terase yang awak dekat sangat dalam hati saya..

Minah : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinge aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..

Mamat : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)

Minah : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..

Mamat : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu’ amma tu)

Minah : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..

Mamat : Taknak la la sy.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..

Minah : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je.. Paham..?

Mamat : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awk.. Mesti manis.. Selalu tengok muke garang awak je.. Senyum la sikit wak..

Minah : Ade.. Ade aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah t.. Mesti ko tak boleh tidur pas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau.. Hahahahahahahaha..

Mamat : Emmmmmm.. Yelaaaaa..

Jumaat (HARI PERNIKAHAN)

Mamat : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”

Tok kadi : Sah3..

Minah : Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)

(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)

Minah : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah.. (sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)

Mamat : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)


(MALAM PERTAMA)

Mamat : Sayang , abang tak sangka pulak rasenye belum sebulan kite kenal.. Tetibe je dah kawin.. Ajaib betul..

Minah : Tu namanye jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kite hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalenya..

Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu..?

Minah : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manje)

Mamat : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan..?

Minah : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang dah sentuh ayang sebelum kawin.. Ni sekarang kite dah kawin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang nape abang kawin dengan ayang..?

Mamat : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullai yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu’ amma dan membace terjemahan nye.. Semua nya indah sayang.. Terima kasih sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…

Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangan ye menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPHARD sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..

Mamat : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berape sangat la nilai nye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah cam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..

Minah : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNAHTUL FIRDAUS.. AMINNNNNNN….



Alolololo... sweetnyerrrrr... hehehe

=============================
Itulah salah satu keistimewaan bercinta selepas nikah....
Cinta Selepas KAWEN..nk jgk nk jgk..



eheheheh..TAMAT lah sudah story mory yang ana nk kongsi nieyh..